Assallamualaikum

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang,mungkin blog ini berbeza dgan blog saya yg stu lagi..meski pun saya hanye remaja yg ta tau ap.namun niat dihati untuk menyampaikan ap yg saya tau tu ad.tapi mlalui percakapn tu blum ad..tapi mungkn ini cara yg saya boleh lakukan kini..meskipun blog saya ny kosg lagi..mungkin satu hari ia akn diisi dngan ilmu yg pentg..mudah mudahan..kalau ad yg salah,tlg beri tnjuk ajr,kerna ,,,saya masih mentah dlm hal ini.mohon maaf jika ad kekhilafan yang teramat...ssungguhnya yg sempurna dtg dari Dia,yg buruk itu dtg dari saya =)

Saturday, July 10, 2010

Surah Al-Mulk

Surah Al-Mulk bererti kuasa pemerintahan merupakan Surah yang ke 67 didalam Al-Quran,mengandungi 30 ayat. Diantara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah SWt yang menguasai pemerintahan dunia dan akhirat.
Banyak hadis Rasullulah SAW yang menyatakan tentang Fadhilat,faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan dan membaca Surah Al-Mulk ini.Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud,At-Tirmizi, An-Nasai dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:

sesungguhnya didalam Al-quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al-Mulk

daripada Ibnu Abbas r.a,seorang sahabat Rasulullah SAW menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui.dari kubur itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui Baginda dan berkata" Wahai Rasulullah,saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui,saya mendengar seorang sedang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam,"
maka Nabi SAW bersabda ," Itulah yang menahan dan yang menyelamatkan dia dari siksa kubur.
(HR At-Tirmizi)

Daripada Jabir r.a sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur sehingga baginda membaca Surah Alif Laam Miim,AS-Sajjadah dan Al-Mulk.

(HR At-Tirmizi)
Daripada Anas Ibnu Malik Berkata,Rasulullah SAW bersabda:
Satu surah di dalam Al-Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkanya ke dalam syurga iaitu Surah Al-Mulk
(HR AT-Tabrani)

semasa saya pergi ke sebuah kem ,cikgu saya, memberitahu ,sesiapa yang mengamalkan dua surah,iaitu Surah AS-Sajadah dan Al-Mulk,akan ada satu ekor burung yang akan melindungi diri kita semasa dalam kubur. Malaikat Munkar Nakir bertanya kepada Allah, ya Allah,bagaimana aku hendak menyoal mayat ini,ad seekor burung menutup nya,lalu Allah menjawab, aku tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia adalah amalan yang telah memberi syafaat kepadanya iaitu Surah Al-Mulk dan AS-Sajadah.
Umat Islam Digalakkan supaya membaca dan mengamalkan Surah Al-Mulk, sebaik-baiknnya setiap malam. Bukan sahaja surah ini,tetapi juga dengan surah-surah yang lain kerana setiap suarah itu mempunyai kelebihan nya yang tersendiri.

No comments:

Post a Comment